Isnin, 3 Mac 2014

Risalah Imam Hasan al-Banna Kepada Para Pemuda

Antara risalah penting yang ditulis oleh Imam Hasan al-Banna ialah Risalah Kepada Para Pemuda. Dengarkan suara beliau sendiri mengungkapkan sebahagian pendahuluan risalah tersebut:


Di bawah ini, risalah tersebut yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Sila klik pada gambar untuk membacanya:
 Risalah Kepada Pemuda
Untuk membaca naskhah asal risalah tersebut dalam bahasa Arab, sila klik pada pautan ini: www.ikhwanwiki.com

Rabu, 26 Februari 2014

Kaedah dan Adab Mengkritik Gerakan Islam

Gerakan Islam tidak boleh dianggap maksum daripada melakukan kesilapan. Justeru, adalah menjadi kewajipan kepada para pendokong untuk melakukan muhasabah dan membuat kritikan membina terhadap gerakan Islam yang mereka kasihi, dalam pelbagai segi, agar segala kelemahan yang ada boleh diperbaiki, serta segala kelebihan yang wujud boleh diperkasakan.

Namun, segala kritikan yang dibuat tidak boleh lari daripada kaedah dan adab tertentu, agar ia tidak melencong daripada tujuan asalnya. Makalah di bawah ini menerangkan lima kaedah yang perlu diikuti dalam dalam mengkritik gerakan Islam, iaitu:

  1. Ikhlas dalam mengkritik, bukan untuk menjatuhkan.
  2. Memahami makna kritikan yang sebenar serta melaksanakannya dengan baik.
  3. Menentukan tajuk atau bidang kritikan dengan tepat, bukannya semberono.
  4. Membezakan di antara peribadi dan pandangan, iaitu menghormati peribadi tertentu tidak bermaksud membenarkan segala pandangannya.
  5. Menggabungkan antara mengkritik pendekatan (manhaj) dan mengkritik pelaksanaan.


-Sila klik pada gambar untuk membaca makalah-


Dinukilkan daripada laman web: daawa-info.net

Ahad, 23 Februari 2014

Dengarkan suara Sayyid Qutb menerangkan satu ayat dari surah al-Muzammil

Sayyid Qutb adalah antara tokoh gerakan Islam yang sangat berpengaruh sehingga ke hari ini. Karangan beliau seperti Ma`alim fi al-Tariq dan tafsir Fi Dzilal al-Quran menjadi rujukan penting kepada anak-anak gerakan Islam. Sungguh pun beliau dikritik oleh sesetengah pihak, terutamanya tentang pandangan beliau berkaitan jahiliyyah moden, yang dianggap oleh mereka sebagai mengkafirkan masyarakat, namun jasa beliau dalam membakar semangat pendokong gerakan Islam untuk mengembalikan ketuanan Allah (Hakimiyyah) di muka bumi tidak mungkin terpadam.

Dalam video ini, rakaman suara beliau yang jarang ditemui, dapat didengar oleh para pembaca. Dalam rakaman ini, beliau menerangkan firman Allah s.w.t.: {إنا سنلقي عليك قولاً ثقيلاً} [al-Muzammil: 5], dengan bersemangat dan penuh penghayatan.



Jumaat, 21 Februari 2014

Cara Melafazkan Ikhfa' Haqiqi

Syeikh Dr. Aiman Suwaid menerangkan cara melafazkan hukum Ikhfa' Haqiqi mengikut huruf-hurufnya, beserta contoh setiap satu.

(ص، ذ، ث، ك، ج، ش)


(ق، س)


(د، ط، ز)


(ف، ت، ض، ظ)


Gerakan Islam Moden di Libya

Makalah ini merupakan karangan salah seorang tokoh gerakan Islam di Libya iaitu Mahmud al-Naku`u. Secara umumnya ia dapat memberikan pengenalan ringkas berkaitan sejarah gerakan-gerakan Islam moden di Libya.

-Sila klik pada gambar untuk membaca makalah-


Dinukilkan daripada laman web: arabsfordemocracy.org

Jumaat, 14 Februari 2014

Buku Siasah Syari'eyyah Ketika Ketiadaan Pemerintahan Islam di Tanah Air Umat Islam

Buku ini asalnya adalah tesis Doktor Falsafah. Ia sesuai dibaca untuk mengetahui bacaan feqh berkaitan keadaan tanah air umat Islam selepas kejatuhan Khilafah dalam bidang pemerintahan Islam.

Sila klik pada gambar untuk membaca buku
 Baca buku


Isi kandungan buku:



Buku Orientalisme dan Orientalis

Buku kecil ini wajar dibaca untuk mengenali gerakan orientalisme dan golongan orientalis, karangan tokoh gerakan Islam Syria terkenal, Prof. Dr. Mustafa al-Sibai'e.

Antara kelebihan buku ini ialah ia tidak berat sebelah dalam menghukum orientalisme dan orientalis. Kajian yang adil seumpama ini membolehkan pembaca mendapat gambaran sebenar tentang gerakan tersebut, lantas mampu mengambil faedah daripada hasil-hasil kajian mereka, di samping berjaga-jaga dengan golongan orientalis yang ingin menjatuhkan Islam dan merosakkan umat Islam.

Sila klik pada gambar untuk membaca buku
 Baca buku

Isi kandungan buku:

Khamis, 13 Februari 2014

30 Rujukan Penting dalam Ilmu Siasah Syarieyyah

Dr Saad Bin Matar al-Otibi di laman web majalah al-Bayan telah menyenaraikan 30 buah rujukan penting dalam ilmu Siasah Syari'eyyah. Rujukan-rujukan tersebut adalah seperti berikut:
1- التعليق على السياسة الشرعية في إصلاح الراعي والرعية، لأبي العبّاس ابن تيمية؛ للشيخ محمد بن صالح العثيمين رحمه الله. وينصح بطبعة مدار الوطن بإشراف مؤسسة الشيخ محمد بن صالح العثيمين الخيرية؛ لأنَّها تضمنت نصّ كتاب ابن تيمية بتصحيح الشيخ محمد بن صالح العثيمين رحمه الله، إضافة إلى تعليقاته الواسعة القيمة، كما تضمنت هذه الطبعة مقدمة عن مدلول السياسة الشرعية عند الفقهاء، وهي لم تخل من أخطاء مطبعية لا يخفى كثير منها على القاريء .. وهناك طبعات أخرى للكتاب الأصل (متن أبي العباس ابن تيمية)، ينبغي أن يقتنيها المتخصصون، كطبعة دار عالم الفوائد بتحقيق الشيخ علي بن محمد العمران .
2- الغياثي : غياث الأمم في التياث الظُّلَم، لأبي المعالي الجويني . وأجود طبعاته المشهورة طبعة 1432هـ لدار المنهاج، بتحقيق الأستاذ الدكتور/ عبد العظيم الديب رحمه الله، وهذا الكتاب من الكتب الأصيلة في موضوعه، وتحدث فيها عن نوازل سياسية سبق فيها فقاء عصره .
3- الأحكام السلطانية والولايات الدينية، للقاضي أبي الحسن علي بن محمد الماوردي الشافعي . ولعل من أجود طبعاته تلك التي حققها الأستاذ/ خالد عبداللطيف السّبع العلمي؛ وهذا الكتاب يُعدّ من كتب الفقه السياسي المقارن؛ والحديث عنه يطول، غير أنَّه من الكتب الأصول؛ وقد تأثر به من جاء بعده من أهل العلم عربهم وعجمهم، مسلمهم وكافرهم، وسرق بعض فلاسفة الأجانب السياسيين بعض أفكاره دون إحالة إليه صراحة؛ فكشفتهم الدراسات الحديثة للمنصفين !
4- الأحكام السلطانية، للقاضي أبي يعلى محمد بن الحسين الفراء الحنبلي . وهذا الكتاب شبيه بسابقه غير أنه اقتصر على المذهب الحنبلي، وهو عمدة عند شيوخ الحنابلة .
5- القاضي أبو يعلى الفراء وكتابه الأحكام السلطانية، للشيخ الدكتور / محمد عبد القادر أبو فارس . فيه مقدمات نافعة، وهو مفيد في بيان الكتاب السابق وتوضيحه .
6- النظام السياسي الإسلامي مقارنا بالدولة القانونية – دراسة دستورية شرعية وقانونية مقارنة؛ لشيخنا الأستاذ الدكتور / منير حميد البياتي . وهو من أفضل الكتب وأجمعها في هذا النظام السياسي، ولا يغني عنه غيره، وينصح بطبعته الثالثة 1431هـ دار النفائس، ففيها إضافات مهمة (رسالة دكتوراه استغرق إعدادها تسع سنين) .
7- الإمامة العظمى عند أهل السنة والجماعة، للشيخ الدكتور/ عبد الله بن عمر الدميجي، طبعته دار طيبة غير مرّة؛ وهو من أوفى ما كتب في موضوعه (رسالة ماجستير ممن ناقشها الشيخ سيد سابق) .
8- دراسة في منهاج الإسلام السياسي، للشيخ سعدي أبو جيب . من مطبوعات مؤسسة الرسالة . ويتميز بالتركيز على الخصائص، والمباديء السياسية الإسلامية بما فيها الحرية، مع التأصيل والقراءة النقدية للآراء المعاصرة .
9- مصنفة النظم الإسلامية – الدستورية و الدولية والإدارية والاقتصادية والاجتماعية، للدكتور / مصطفى كمال وصفي رحمه الله .
10- النظام السياسي في الإسلام – النظرية السياسية ونظام الحكم، للدكتور / عبدالعزيز عزت الخيّاط رحمه الله .
11- خصائص التشريع الإسلامي في السياسة والحكم، للأستاذ الدكتور / فتحي الدريني .
12- أهلية الولايات السلطانية في الفقه الإسلامي، للأستاذ الدكتور/ عبد الله بن عبد المحسن الطريقي، وهو بحث فقهي مقارن .
13- أهل الحل والعقد، صفاتهم ووظائفهم، لشيخنا الأستاذ الدكتور/ عبدالله بن إبراهيم الطريقي، وهو بحث فقهي مقارن .
14- دور أهل الحل والعقد في النموذج الإسلامي لنظام الحكم، للدكتور فوزي خليل، من الرسائل العلمية التي طبعها المعهد العالمي للفكر الإسلامي (رسالة ماجستير) .
15- النظرية السياسية الإسلامية في حقوق الإنسان الشرعية – دراسة مقارنة، لكل من الدكتور/محمد أحمد مفتي، والدكتور / سامي صالح الوكيل . لا أعرف له طبعة غير طبعة كتاب الأمَّة . وهو - على صغر حجمه - من أجود ما كتب في بابه مختصرا .
16- مفهوم الطاعة والعصيان، لشيخنا الأستاذ الدكتور / عبدالله بن إبراهيم الطريقي، طبعته دار المسلم وهو بحث فقهي مقارن، صغير الحجم، دقيق العلم .
17- طاعة أولي الأمر، لشيخنا الأستاذ الدكتور / عبدالله بن إبراهيم الطريقي، طبعته دار المسلم، وهو بحث فقهي مقارن، صغير الحجم، دقيق العلم .
18- الاستفتاء الشعبي بين الأنظمة الوضعية والشريعة الإسلامية، للدكتور / ماجد راغب الحلو، طبعته مكتبة المنار الإسلامية – الكويت، وهو كتاب يعبّر عنه عنوانه .
19- الانتخابات في الفقه الإسلامي، للشيخ فهد بن صالح العجلان (رسالة ماجستير)، طبعتها : دار كنوز إشبيليا؛ ولا تخفى أهميته في بيان فقه أداة من أدوات الاختيار السياسي الشرعي، وإن عبّر عنها العوام ومن تبعهم بالديمقراطية!
20- التعددية الحزبية في ظل الدولة الإسلامية، لعلي جابر العبْد الشَّارود،( رسالة ماجستير)، طبعتها دار السلام – مصر؛ ولا تخفى أهميته في بيان نازلة من نوازل الفقه السياسي المعاصر .
21- رقابة الأمَّة على الحكّام – دراسة مقارنة بين الشريعة ونظم الحكم الوضعية، للدكتور / علي محمد حسنين، طبعه المكتب الإسلامي (أطروحة دكتوراه)؛ ولا تخفى أهمية ضبط هذا الموضوع في هذا العصر .
22- السياسة الشرعيّة حالة غياب حكم إسلامي عن ديار المسلمين، للدكتور/ أحمد محيي الدين صالح، طبعته دار السلام ( رسالة دكتوراه)؛ ولا تخفى أهمية فقه هذا الموضوع في هذا العصر، وخاصة في زمن الثورات الشعبية في العالم العربي .
23- في النظرية السياسية من منظور إسلامي، منهجية التجديد السياسي وخبرة الواقع العربي المعاصر، للدكتور / سيف الدين عبد الفتاح إسماعيل، من مطبوعات المعهد العالمي للفكر الإسلامي (رسالة دكتوراه)، وهو مهم في فقه دراسات توظيف العلوم السياسية في فقه السياسة الشرعية .
24- في مصادر التراث السياسي الإسلامي – دراسة في إشكالية التعميم قبل الاستقراء والتأصيل، للدكتور/ نصر محمد عارف، من مطبوعات مطبوعات المعهد العالمي للفكر الإسلامي؛ وهو مهم في بيان إشكالية موضوعه، وفي كشف جانب من التراث السياسي المهجور جهلا به .
25- المرأة والحقوق السياسية في الإسلام، للدكتور/ مجيد محمود أبو حجير، طبعته مكتبة الرشد / الرياض؛ ولا يخفى أهمية هذا الموضوع في هذا العصر.
26- أحكام أهل الذمة، لشمس الدين محمد بن أبي بكر بن قيم الجوزية، طبع  بتحقيق وتعليق الدكتور/صبحي الصالح، دار العلم للملايين، وهي النسخة المشهورة بين أهل العلم، وفيها فهرس تفصيلي لمسائلها الدقيقة يُبيّن حجم الحضور الفقهي للمسائل المتعلقة برعايا الدولة الإسلامية من غير المسلمين (المواطنين غير المسلمين) في شتى جوانب الحياة السياسية، والاجتماعية، وغيرها .
27- أهل الذمة والولايات العامة في الفقه الإسلام، للشيخ نمر محمد الخليل النمر، نشرته المكتبة الإسلامية ـ عمان الأردن (رسالة علمية )؛ وهو من أجود ما وقفت عليه في موضوعه .
28- الحق ومدى سلطان الدولة في تقييده، للأستاذ الدكتور / فتحي الدريني، من مطبوعات مؤسسة الرسالة؛ وهو من الكتب التي تبيّن حدود سلطة الدولة وأثرها على الحق؛ والمؤلف علم من أعلام الفقه وأصوله وفلسفته .
29- معجم المصطلحات السياسية في تراث الفقهاء، للدكتور سامي الصلاحات، طبعته مكتبة الشروق الدولية؛ وهو مهم لمن يقرأ الكتب التراثية، حتى لا يفسر مصطلحات الفقهاء القديمة بمفاهيم معاصرة لا صلة لها بها كما هو شائع للأسف الشديد !

30- الأحكام الشرعية للنوازل السياسية، للدكتور/ عطية عدلان، طبعته دار اليسر : القاهرة ( رسالة دكتوراه)، وعنوانه كافٍ في الدلالة على مضمونهه، حيث تطرق للنوازل السياسية في نظام الحكم، وفي العلائق الدولية للدولة الإسلامية .

Bagaimana melafazkan hukum Iqlab dan Ikhfaa' Syafawi?


Bagaimana melafazkan hukum Iqlab dan Ikhfaa' Syafawi? Adakah perlu dirapatkan kedua-dua bibir atau perlu direnggangkan sedikit?

Syeikh Dr. Aiman Suwaid menceritakan pengalaman beliau tentang perkara ini. Beliau menyatakan lebih 20 tahun beliau salah dalam melafazkan hukum Iqlab dan Ikhfaa' Syafawi dengan merenggangkan sedikit bibir. Namun akhirnya selepas mengkaji dan berfikir, beliau berani untuk mengkritik guru beliau sendiri dalam perkara ini.

Kesalahan tersebut adalah berpunca daripada penggunaan qiyas yang salah dalam ilmu tajwid, sedangkan asas utama dalam ilmu tajwid dan qiraat adalah naql dan musyafahah.

ABDUL FATTAH MORU

- berasal daripada Tunisia
- dilahirkan pada 1 JUN 1948
-merupakan tokoh yang berpengaruh dalam bidang politik (dalam arus gerakan Islam di Tunisia)
-salah seorang pimpinan  dalam gerakan An-Nahdhah
-merupakan antara pengasas & ahli anggota majlis syura gerakan An-Nahdhah

Pengajian
-telah memulakan pembelajaran di Madrasah Sodiqiyyah ((مدرسة الصادقية. Sebuah sekolah tinggi yang ditubuhkan oleh Khayr Eddin Pasha. Kemudian melanjutkan pengajian ke Kuliah Undang-Undang (كلية الحقوق) di Universiti Tunis dan bergraduasi  pada tahun 1971. Dalam masa yang sama beliau memperolehi  Sarjana Muda Sains Islam.
-Selepas berjaya mendapatkan ijazah undang-undang, beliau bekerja sebagai hakim (
(قاضي sehingga tahun 1977.

Penglibatan Dalam Bidang Politik
-bermula dalam gerakan Islam pada tahun 1960 di peringkat pengajian menengah ((مدارس الثنوية dan menyampaikan ceramah di masjid-masjid. Pada tahun 1969 beliau bertemu dengan Rashid Ghannouchi di ibu bandar Tunis di masjid. Bermulalah pada situ beliau bersama Rashid Ghannouchi telah bersetuju dalam mengasaskan gerakan Islam di Tunisia.
-pada tahun 1973, Abdul Fattah Moru bersama  Rashid Ghannouchi ditangkap selepas percubaan untuk menganjurkan mesyuarat (تنظيم اجتماع) bersama 100 orang di Sousse ( سوسة).
-selepas daripada peristiwa itu, mereka telah memutuskan untuk mewujudkan satu organisasi rahsia (Pertubuhan Kumpulan Islam), yang dibahagikan ke dalam struktur serantau dan nasional.
-kegiatan mereka aktif di masjid dan universiti. Mereka juga telah menerbitkan akhbar-akhbar dan diedarkan secara percuma ke kedai-kedai buku.
-pada waktu itu, Moru merupakan antara pendakwah  yang mashur di Tunisia. Pada 1981, gerakan itu telah menjadi satu gerakan Renaissance yang bernama An-Nahdhah dan Abdul Fattah Moru antara yang memimpin gerakan tersebut.
-Rejim pada ketika itu menafikan pengiktirafan undang-undang kepada pergerakan an-Nahdhah dan terlibat dalam satu konfrontasi melibatkan ahli-ahlinya. Mouru ditahan dan beliau telah menghabiskan masanya di dalam penjara selama 2 tahun.
-Akan tetapi, gerakan an-Nahdhah tetap berkembang dalam sekitar tahun 1990 dan dalam masa yang sama menjadi gerakan pembangkang yang utama ke atas rejim sekular di Tunisia.
-berikutan serangan pada tahun 1991 di pejabat  parti negeri, kejadian itu dikaitkan dengan ahli pengikut an-Nahdhah. Mouru ditahan secara terus. Selepas pembebasannya, beliau mula mengambil pendekatan berdamai dan mengeluarkan kenyataan di mana beliau mengutuk keganasan dan mengumumkan penggantungan keahliannya di dalam gerakan. Akan tetapi pekerjaan beliau sebagai peguam tetap diteruskan.
-Pada tahun 1992, kerajaan rejim Ben Ali pada ketika itu melancarkan kempen memburuk-burukkan Mouru dan memfitnah beliau bertujuan untuk menjatuhkannya.
-Selepas Rached Ghannouchi kembali ke Tunisia pada 30 Jan 2011 setelah sekian lama, Abdelfattah Mourou muncul untuk kembali ke kehidupan politik. Beliau kembali  ke dalam gerakan  An-Nahdhah selepas revolusi 14 Januari . Tetapi dia membuat keputusan untuk mengemukakan dirinya sebagai calon bebas untuk pemasangan konstituen . Beliau mengetuai senarai pemilih di daerah Tunis I dan mengetuai Perikatan Demokratik Bebas , satu pakatan pusat -kiri
-Mouru mengambil bahagian dalam pilihanraya Majlis Perlembagaan dalam senarai bebas mengetuai Perikatan Demokratik Bebas tetapi tidak berjaya. Selepas pilihanraya, beliau dicalonkan untuk menjawat jawatan penasihat dalam kerajaan Hamadi Jabali (حمادي الجبالي) akan tetapi tidak diberikan kepadanya.
- Selepas persidangan an-Nahdhah itu pada tahun 2012 dan beliau telah dipilih untuk menjadi ahli Majlis Syura gerakan dan naib presidennya Rashid Ghannouchi.
Rujukan:
-
http://www.tunisia-live.net/whoswho/abdelfattah-mourou/
- http://ar.wikipedia.org/wiki/
عبد _الفتاح_مورو