Gerakan Islam tidak boleh dianggap maksum daripada melakukan kesilapan. Justeru, adalah menjadi kewajipan kepada para pendokong untuk melakukan muhasabah dan membuat kritikan membina terhadap gerakan Islam yang mereka kasihi, dalam pelbagai segi, agar segala kelemahan yang ada boleh diperbaiki, serta segala kelebihan yang wujud boleh diperkasakan.
Namun, segala kritikan yang dibuat tidak boleh lari daripada kaedah dan adab tertentu, agar ia tidak melencong daripada tujuan asalnya. Makalah di bawah ini menerangkan lima kaedah yang perlu diikuti dalam dalam mengkritik gerakan Islam, iaitu:

- Ikhlas dalam mengkritik, bukan untuk menjatuhkan.
- Memahami makna kritikan yang sebenar serta melaksanakannya dengan baik.
- Menentukan tajuk atau bidang kritikan dengan tepat, bukannya semberono.
- Membezakan di antara peribadi dan pandangan, iaitu menghormati peribadi tertentu tidak bermaksud membenarkan segala pandangannya.
- Menggabungkan antara mengkritik pendekatan (manhaj) dan mengkritik pelaksanaan.
-Sila klik pada gambar untuk membaca makalah-
Dinukilkan daripada laman web: daawa-info.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan