Bagaimana melafazkan hukum Iqlab dan Ikhfaa' Syafawi? Adakah perlu dirapatkan kedua-dua bibir atau perlu direnggangkan sedikit?
Syeikh Dr. Aiman Suwaid menceritakan pengalaman beliau tentang perkara ini. Beliau menyatakan lebih 20 tahun beliau salah dalam melafazkan hukum Iqlab dan Ikhfaa' Syafawi dengan merenggangkan sedikit bibir. Namun akhirnya selepas mengkaji dan berfikir, beliau berani untuk mengkritik guru beliau sendiri dalam perkara ini.
Kesalahan tersebut adalah berpunca daripada penggunaan qiyas yang salah dalam ilmu tajwid, sedangkan asas utama dalam ilmu tajwid dan qiraat adalah naql dan musyafahah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan