Sheikh Idris Madhi
Sheikh
Idris Abdul ‘Ali Madhi dilahirkan di Benghazi pada tahun 1936. Beliau mendapat
pendidikan awal di مدرسة الأبيار الداخلية. Kemudian pada tahun 60-an, beliau bekerja sebagai seorang
guru, selalu berpindah randah antara kawasan bandar & kawasan pedalaman.
Kemudian
beliau bekerja di kementerian penempatan di Benghazi dan kemudian pada 1961 di
Tripoli sebagai setiausaha kementerian penempatan. Pada waktu itu, beliau telah
berjaya menubuhkan Persatuan Orang Buta dan berjaya mengumpul kewangan untuk
membantu orang muslim di Algeria, sewaktu perang pembebasan (حرب
التحرير).
Sheikh
Idris sangat dikenali sebagai seorang yang tawadho’ dan berakhlaq baik. Antara
kebaikan peribadinya adalah beliau tidak lewat apabila dijemput untuk apa-apa
perjumpaan, rapat dengan saudara dan jiran-jiran, dan selalu melibatkan diri dalam
amal kebaikan.
Beliau
merupakan antara penggerak terawal Ikhwan Muslimin di Libya pada kurun 50-an
sehinggalah tahun 1973, dimana kempen revolusi (الثورة
الثقافية) beliau telah menimbulkan kemarahan
kerajaan dan telah dipenjarakan. Setelah dibebaskan, beliau telah meninggalkan
jawatan setiausaha dan berpindah ke bahagian contracting (?) dan kemudiannya ke
bahagian pertanian.
Pada
tahun 1986, beliau berjaya memperkuat Jemaah Islam, dan memegang kepimpinannya.
Pada waktu ini, beliau memulakan kembali agenda perjuangan beliau dengan
menyampaikan khutbah di Masjid Hospital Ketenteraan (مسجد المستشفى
العسكري)
pada setiap Jumaat. Khutbahnya dikatakan bagus dan telah menarik minat
masyarakat, mengubah kelaziman khutbah yang selalunya membosankan, menyebabkan
masjid itu selalu penuh. Khutbahnya berlainan dengan khutbah-khutbah lain di
mana khutbahnya mengatakan kebenaran dan bukanlah membela kezaliman dan melawan
ketidakadilan. Masyarakat mula mengenali
beliau dan beliau juga diminta berkhutbah di beberapa masjid lain.
Khutbahnya
berpandukan Kitab Islam yang ditulis oleh Syeikh Sa’id. Buku tersebut banyak
membangkitkan semangat kebangkitan (?) dan akhirnya buku tersebut telah
diharamkan. Setelah mengajar tentang Islam, beliau selalu bercakap tentang
kekurangan pelaksanaan Islam oleh pimpinan negara. Khutbahnya berjaya mengumpulkan
tenaga-tenaga revolusi. Sheikh Idris merupakan seorang yang berani. Walaupun
negara tersebut dikongkong dengan kezaliman dan anti-Islam, contohnya sehingga
janggut diharamkan, namun beliau dengan berani mengatakan terang-terangan
bahawa pemerintahan tanpa berpandukan Allah harus ditolak!
Pada
tahun 1995, beliau kembali dipenjara. Ketika 6 bulan dipenjarakan, beliau
dikatakan menghidap penyakit batuk kering dan akhirnya dibunuh pada tahun 1996,
ketika berlakunya pembunuhan beramai-ramai di Penjara Abu Salim, di mana
seramai 1269 ‘banduan’ telah dibunuh.
Ikhwan
Muslimin mula bertapak di Libya pada tahun 1949, berasal dari Mesir, melalui 3
orang; Idzuddin Ibrahim, Mahmud Syarbini & Jalal Sa’dah. Namun secara
rasminya, organisasi Ikhwan Muslimin terbentuk pada tahun 1967, berpusat di Tripoli.
Ikhwan Muslimin antara gerakan Islam terbesar di Libya disamping Gerakan Sanusiyyah
(الحركة السنوسية)
dan Hizbut Tahrir
Rujukan:-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan