Syeikh Abdul Majid al-Zindani
(الشيخ عبد المجيد الزنداني) seorang ulama haraki yang terkemuka di dunia Islam sebaris dengan Syeikh Yusuf al-Qardhawi. Bercerita
tentang Sana’a tidak sah tanpa selit kisah Syeikh Zindani, bercerita
tentang Hadhramaut tidak sah tanpa selit kisah Habib Umar.
Beliau ialah pengasas dan sekarang menjawat jawatan rektor Universiti al-Iman, Sana’a (جامعة الإيمان الشرعية). Pengasas Pusat Kajian Saintifik
al-Quran dan Sunnah (الهيئة العالمية للإعجاز العلمي في القرآن والسنة) yang berpusat
di Mekah, Ketuan
Dewan Syura Yaman Parti Islah (مجلس
شورى التجمع اليمني للإصلاح) bersama
Syeikh Abdullah al-Ahmar
(الشيخ عبد الله الأحمر).
Nama penuh beliau ialah Abdul Majid bin Abdul Aziz. Berasal dari satu daerah bernama Ibb (إب) di Yaman (الجمهورية
اليمنية). Dilahirkan pada tahun
1942 - sekarang sudah berumur 68 tahun. Pendidikan awalnya sudah tentulah
dibawah asuhan ayahandanya Syeikh Abdul Aziz bin Hamud al-Zindani. Kemudian sambung belajar
ke Aden. Selepas
itu ke Universiti ‘Ain Syams (جامعة عين شمس), Mesir dalam Kuliah Sains.
Setelah 2 tahun belajar, beliau menukar
kuliah kepada Kuliah
Syariah di al-Azhar.
Ketika inilah beliau
mula terlibat dengan gerakan
dakwah Ikhwanul Muslimin.
Gerakan ini sangat memberi kesan ke atas beliau tentang peri
pentingnya
ikhlas
dalam
menyebar
agama
Islam
dan
senantiasa berkorban untuk agama Allah. Akhirnya beliau ditahan oleh pemerintah Mesir ketika itu (1962) dan dihantar
balik ke Yaman. Itulah sunnah orang berjuang
rela berkorban apa saja, sanggup dipecat dihalau demi kebenaran.
Di Yaman beliau menekuni kembali ilmu-ilmu Islam dibawah asuhan para ulama Yaman sebelum
berangkat ke Saudi. Di Saudi beliau mentelaah
ilmu agama dibawah ajaran bekas mufti Saudi - Ibnu Baz dan Syeikh
Uthaimin serta ulama Saudi lainnya.
Pada waktu inilah beliau
menubuhkan Pusat Kajian Saintifik al-Quran
dan Sunnah (1986/1406) di Mekah.
Syeikh Zindani terkenal kerana kajian saintifiknya berkaitan Al-Quran (I’jaz Ilmi). Kajiannya yang mengaitkan Quran dengan
sains, perubatan, biologi, nuklear dan seumpamanya membuatkan
namanya terkenal sehingga
ke Eropah dan ramai orang masuk Islam ditangannya. Kajian terbarunya berkaitan
lapisan ozon dan kaitannya dengan
solat 5 waktu. Dan sebelum itu Syeikh Zindani
mengejutkan banyak pihak dengan dakwaan
beliau telah menemui penawar bagi penyakit
AIDS.
Begitulah janji Allah, apabila
Dia menginginkan kebaikan
atas seseorang itu maka Dia memberi
faqih dalam agama. Dan faqih agama tidak semestinya mahir dalam hukum hakam, Hadith atau pandai bertaranum sehingga
pandai melagukan gaya Sudais atau Syurim di dalam solat. Tapi faqih ialah mereka memahami agama dalam konteks kehidupan beragama sehingga
dia seorang manusia
yang bertaqwa, menjadikan Islam sebagai way of life, menjadi insan rabbani
bukan insan ilmaniy. Itulah baru membumikan
Quran bukan mengebumikan Quran.
Pernah mengajar di Mahaad
Nur Islami (معهد النور الإسلامي) di Yaman dan beberapa universiti lain di negara
arab. Pernah menjadi
wakil Rabitah Islami
(رابطة العالم الإسلامي) yang berpusat di Mekah. Mendapat
ijazah PhD dari Universiti Omdurman
(جامعة أم درمان الإسلامية), Sudan.
Selain itu beliau menjadi pembentang kertas kerja dipelbagai muktamar
antarabangsa termasuk di Malaysia.
Dan karyanya diterjemah dalam pelbagai bahasa. Antara karnya ialah Kitab al-Iman, Tariq al-Iman, Tauhid
al-Khaliq dan banyak
lagi.
Beliau juga sering diundang
oleh pihak media tv. Antara rancangan
beliau yang popular ialah
Bukti-Bukti Keimanan (براهين
الإيمان), Sesungguhnya Allah Benar (إنه الحق), Soal Jawab Tentang Ayat Quran (سؤال عن آية من الذكر الحكيم) yang mengandungi fatwa dan pandangan Syeikh Zindani berkaitan hal semasa dan banyak lagi. Syeikh Zindani
lebih suka bercakap dalam loghat fasahah atau berbahasa arab baku dan mensyaratkan pelajarnya dan pensyarah berbahasa arab baku di dalam Jami’ah al-Iman. Itu satu kelebihan
di Jami’ah, ini
kerana salah satu asas manhaj Ikhwanul
Muslimin ialah berbahasa
arab baku.
Isi kandungan karangan Syeikh Zindani ini dikupas dengan gaya yang agak berbeza. Beliau telah menggandingkan hujjah-hujjah saintifik dan hujjah-hujjah naqli sebagai pembuktian kebenaran
Islam yang dibawa
Nabi Muhammad SAW. Contohnya beliau
telah mengaitkan ayat 57 daripada surah Al- A'raaf dengan penjelasan
saintifik yang mudah diterima akal.
"Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan) hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri
yang mati (ke daerah yang kering kontang) lalu Kami turunkan
hujan dengan awan itu, kemudian
Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula)
orang-orang yang telah mati, supaya
kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)" - Al-A'raaf:57
Kadar dan kelajuan angin yang Allah hantar adalah amat sesuai untuk membawa awan dan bebannya tanpa meleraikan dan merosakkannya. Jika kelajuan angin mencecah 75 batu sejam, harta
benda akan rosak.
Dengan kelajuan angin
mencecah 200 batu sejam pula, seluruh kehidupan di muka bumi akan hancur.
Angin hanya
berada setinggi lima batu sahaja
di atas kepala
kita. Pada ketinggian melebihi lima batu dari aras laut, terdapat gelombang
angin dengan kelajuan
200 batu sejam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan